Assalamualaikum...
Gambar disebelah ni oven baru mak yang (oven lama rosak sebab lama sgt dok dalam kotak...kihX3 ). Hadiah dari pak yang..Terima kasih Abang. Kami beli pada 16.01.09 @ 9.30 mlm. Balik rumah terus senyum sorang2 fikir nak masak apa. Then baru teringat ada sesuatu dalam peti ais yg boleh dimasak..
Inilah dia... DAGING BURGER (gambar di bawah). Itulah masakan pertama mak yang guna oven baru. Mak yang buat pukul 10.30 mlm. Tak sabar nak tunggu besok nak try oven baru.
Pagi 17.01.09, lepas subuh mak yang terus ke dapur. Penat malam tadi sblm tido cari resepi. Teng! teng ! teng! PIZZA MAK YANG. Nampak sedapkan?.. memang sedap pun..nyum nyum..nyum
Walaupun rupa sdikit gelap tp rasanya memang LaZAT
Inilah resepinya: ( 1 keping saiz L)
Doh :
* 200gm tepung roti ( mak yang guna tepung gandum aje.
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air
* 1 sudu butter ( mak yang guna separuh aje sbb butter abih)
* 1 sudu susu tepung
Bahan2 Toping : 2 keping dada ayam yg dipotong dadu, 2 ulas bawang putih, serbuk lada sulah, sos cili & tomato, black pepper. ( Nota : boleh juga bubuh mayonis dan cheese, mak yang tak letak sbb kat umah tak ada).
Cara2 nak buat - lu fikirlah sendiri...kihX3 ..
1. utk doh campur semuanya, uli sehingga doh jadi lembut dan licin. dan biarkan ia naik sekali ganda dalam masa 45-60minit. Then canai doh tersebut setebal 0.5cm, cucuk dgn garfu keseluruhan doh tersebut dan bakar pada suhu 200C selama 15 minit. Semasa nak tunggu doh tu naik boleh masak ayam utk toping. Ayam ni masak cam biasa kita masak ayam masam manis.
2. Bila doh dah masak sapu kulit pizza dgn mayonis dan sos cili & tomato. Ratakan sos, then masukkan ayam. Bakar sekali lagi pd suhu 200C selama 5 minit...Selamat Mencuba
Sumbangan Tabung Ihya' Ramadhan
11 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan