Hari ni belajar buat kuih tepung talam. Lama dah teringin nak buat tp tak kesempatan. Kebetulan hari ni ada orang nak makan gulai ikan jadi beli le santan. So santan yg lebih tu ambo buatlah kuih ... inilah hasilnya..Kuih Tepung Talam Cair... hua..hua..hua...kesian. Tp rasa tetap sedap...Tak apa insyaAllah akan cuba lagi utk mendapat rupa yang lebih elok
Sabtu, Januari 17, 2009
Kuih Tepung Talam
Posted by HaBib at 7:03 PTG 0 comments
Labels: Resepi Keluarga HaBib
Oven baru
Assalamualaikum...
Gambar disebelah ni oven baru mak yang (oven lama rosak sebab lama sgt dok dalam kotak...kihX3 ). Hadiah dari pak yang..Terima kasih Abang. Kami beli pada 16.01.09 @ 9.30 mlm. Balik rumah terus senyum sorang2 fikir nak masak apa. Then baru teringat ada sesuatu dalam peti ais yg boleh dimasak..
Inilah dia... DAGING BURGER (gambar di bawah). Itulah masakan pertama mak yang guna oven baru. Mak yang buat pukul 10.30 mlm. Tak sabar nak tunggu besok nak try oven baru.
Pagi 17.01.09, lepas subuh mak yang terus ke dapur. Penat malam tadi sblm tido cari resepi. Teng! teng ! teng! PIZZA MAK YANG. Nampak sedapkan?.. memang sedap pun..nyum nyum..nyum
Walaupun rupa sdikit gelap tp rasanya memang LaZAT
Inilah resepinya: ( 1 keping saiz L)
Doh :
* 200gm tepung roti ( mak yang guna tepung gandum aje.
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air
* 1 sudu butter ( mak yang guna separuh aje sbb butter abih)
* 1 sudu susu tepung
Bahan2 Toping : 2 keping dada ayam yg dipotong dadu, 2 ulas bawang putih, serbuk lada sulah, sos cili & tomato, black pepper. ( Nota : boleh juga bubuh mayonis dan cheese, mak yang tak letak sbb kat umah tak ada).
Cara2 nak buat - lu fikirlah sendiri...kihX3 ..
1. utk doh campur semuanya, uli sehingga doh jadi lembut dan licin. dan biarkan ia naik sekali ganda dalam masa 45-60minit. Then canai doh tersebut setebal 0.5cm, cucuk dgn garfu keseluruhan doh tersebut dan bakar pada suhu 200C selama 15 minit. Semasa nak tunggu doh tu naik boleh masak ayam utk toping. Ayam ni masak cam biasa kita masak ayam masam manis.
2. Bila doh dah masak sapu kulit pizza dgn mayonis dan sos cili & tomato. Ratakan sos, then masukkan ayam. Bakar sekali lagi pd suhu 200C selama 5 minit...Selamat Mencuba
Posted by HaBib at 6:21 PTG 0 comments
Labels: Cerita ceriti
Rabu, Januari 14, 2009
Daftar Darjah 1
Sorry berita terlewat sedikit, baru dapat gambar. Pada 5 hb Januari 2009, Muhammad Zafri Hakeem telah masuk darjah satu. Gambar di sebelah ni diambil masa Hakeem nak exam tentu kelas pada 3 Januari. Syabas maklumat yg diterima Hakeem salah satu aje..So sekarang ni Hakeem dapat kelas 1A...
p/s Cute dan comel le Hakeem, belajar rajin2 no.
Gambar disebelah ni pula Hakeem nak pergi kelas Kafa. Kelas ni diadakan pada waktu petang. Dengar cerita Hakeem sangat rajin dan sukaaaaa pergi kelas Kafa..
p/s Nanti cuti boleh ajar Nurin dan Uzma mengaji ye abang Hakeem..Mak yang pun nak belajar jugalah
Posted by HaBib at 2:30 PTG 0 comments
Labels: Kejayaan ahli keluarga HaBib
Khamis, Januari 08, 2009
TAHNIAH 2
Posted by HaBib at 11:56 PTG 0 comments
Labels: Kejayaan ahli keluarga HaBib
TAHNIAH 1
Usaha Tangga Jaya..Pepatah tersebut amat sesuai dgn klip video di bawah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..(bacalah mengikut intonasi Karam SW)
Posted by HaBib at 10:42 PTG 0 comments
Labels: Kejayaan ahli keluarga HaBib
Sabtu, Januari 03, 2009
KENANGAN PERCUTIAN
PERCUTIAN DI LOST WORLD
Tarikh : 1 Disember 2007,
Penyertaan : Semua keluarga HaBib kecuali tok, mum Haniza & Ayah Zainal serta mak jang.
InsyaAllah tahun ini kita akan bercuti bersama lagi.....Destinasi??? akan diputuskan bulan Mac nanti. So boleh le masing2 fikir ye.
Posted by HaBib at 11:40 PTG 0 comments
Labels: Percutian
Khamis, Januari 01, 2009
ALBUM KELUARGA HaBib
Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1430H (Isnin) & 1 Januari 2009 (Khamis)
Semoga kehidupan kita sentiasa didalam lindunganNya dan mendapat keberkatan dariNya serta dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...amin
Posted by HaBib at 1:26 PTG 0 comments
Labels: Album Keluarga HaBib